Tuesday, October 22, 2013

Kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut? oleh Faekah Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri. lihat sini TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan. Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai. Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini. Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor. Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor. Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA. Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baharu di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil. Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan. Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang “pandai berbelanja”, berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara. Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan. Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya. Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diwar-warkan kepada umum. Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang Menteri Besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri. Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baharu sahaja bermula dan tempuh bagi PRU14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama. TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN. Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan. Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan (priority) bukan sekadar kemampuan. TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya. Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros. Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka. Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, July 15, 2013

Nik aziz sekolahkan mp pasir salak

TG Nik Aziz Sekolahkan Ahli Parlimen Pasir Salak..
PAS membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP
dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak
perkara.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman
sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat
baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.
Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan
tidak "bermuka-muka".
"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di
dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.
"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO
pula alat kepada siapa?
"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan
Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat
manusia yang baik," katanya.
Mengikut laporan akhbar Sinar Harian , BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP
dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak
perkara.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat
perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang
Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.
Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga
orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.
“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam
sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak
dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.
“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh
campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam
banyak perkara,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan
Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam ~ Sinar
Harian
Lagi apa fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak yang berbagai-bagai tu sila baca di bawah.

Puasa atau tidak Tajuddin Rahman nie?.. Sakan punya
tabur fitnah di Kuala Besut ni..

Demi meneruskna agenda memperbodohkan rakyat, Ramadhan langsung tak
dihormati oleh pemimpin UMNO ini.. dia tabur fitnah serupa saja dengan masa
bukan bulan Ramahdan..
Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul
Rahman kepada sekitar 100 orang pengundi di Kuala Besut..
~ Karpal Sing akan dilantik menjadi Presiden jika DAP berjaya menguasai
Putrajaya melalui PAS.
~ DAP akan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada
mereka.. yang bodohnya kenyataan dia ni bila DAP dah jadi Presiden pasal apa
pulak DAP nak tuntut jawatan TPM tu?.. lantik sajalah wakil DAP jadi PM terus..
~ Beliau juga mendakwa Karpal telah berkata bahawa jika PAS mahu kekal
dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh menyebut isu 'perjuangan Islam' dan
mesti 'langkah mayat beliau' dahulu jika ingin menubuhkan sebuah negara
Islam.
~ Jika PAS menguasai Terengganu , ia hanya akan menjadi boneka kepada DAP,
yang akan mempengaruhi pemimpin Terengganu seperti DAP mempengaruhi
PAS di Kelantan dan PAS di Selangor.
~ Anwar Ibrahim juga tidak menyokong tuntutan royalti, dan DAP dikatakan akan
meminda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang berkaitan dengan
kedudukan istimewa bumiputera.
~ Di Pulau Pinang pula dia kata Melayu telah di dilayan secara tidak adil dan
cuba diusir keluar dari Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan cara membina
rumah-rumah mahal bernilai RM700, 000, RM1, 000,000 RM2, 000,000. yang
diluar kemampuan pembeli Melayu..
Lagi apa fitnah dia, korang bacalah kat bawah ni..
Karpal will be president if PAS wins, Kuala Besut told
Deputy Agriculture Minister Tajuddin Abdul Rahman warned Kuala Besut
voters that Karpal Singh could be Malaysia’s first president if they allow
DAP to control Putrajaya through PAS.
“The sultan is the head of our religion. The agong is a Muslim. If we
become a republic, (DAP chairperson) Karpal Singh then becomes the
president. He would be your chief. “Can this be? Can Karpal Singh be the
head of Islam? No,” he said in his opening speech at a programme by the
Veterinary Services Department in Kampung Baharu, Kuala Besut, this
morning.
He reasoned that PAS wants to be in Putrajaya but has only 20 MPs, hence
it has joined Pakatan Rakyat and in doing so has opened its doors to DAP
for negotiation.
“Do you think DAP would give them (benefits) for free? They (DAP) would
work with PAS, but the condition is that they would demand this and
demand that.
“Perhaps they will ask to be the deputy prime minister. “Who would that be?
(DAP parliamentary leader) Lim Kit Siang, or his son Lim Guan Eng,” he said
according to sources.
He also claimed Karpal has said that if PAS is to remain in Pakatan Rakyat,
it must never mention the issue of ‘Islamic struggle’ and must ‘tread over
his dead body’ first if it were to establish an Islamic state.
Tajuddin, an Umno supreme council member, urged the electorate therefore
to not vote for PAS in order to keep DAP out of power.
“If PAS rules Terengganu, it would be someone else in power and that is
DAP, which will influence Terengganu leaders just as DAP influences PAS
in Kelantan and PAS in Selangor.
“Even in Kedah in the past, what PAS did was subject to pressure,
comments and requests,” he said, adding that this would happen in
Terengganu as well despite DAP’s absence there.
‘Their people’ would reign
Speaking to roughly 100 Malays, Tajuddin claimed that opposition leader
Anwar Ibrahim too is not fond of the royalty, and alleged DAP would amend
Article 153 of the federal constitution that deals with the special position of
bumiputeras.
He cited the example of Singapore, that although once had Malay-Muslim
presidents, but not for long.
Tajuddin then dredged up a laundry list of DAP’s alleged evils, such as
how DAP does not like Malays in the civil service and would oust half of
them if it comes into power, then replace them with “their people”.
Meanwhile in the DAP-led Penang, he said the Malays there are being
treated unfairly over increasing property prices blamed on Chief Minister
Lim Guan Eng.
“Guan Eng has chased away Malays from Penang Island. How? He builds
expensive houses worth RM700,000, RM1,000,000, RM2,000,000.
“Malays can’t afford this and are forced to buy property outside of the
island,” he said, while adding that there are only rich Malays left there.
Other examples included claims that former Perak Menteri Besar
Mohammad Nizar Jamaluddin is a DAP puppet, and Guan Eng’s call for the
word ‘Allah’ to be allowed in Bahasa Malaysia bibles.
‘Oppressed minorities a lie’ The deputy minister further claimed that
although he was trumpeting Malay power, BN looks after the interests of all
races and is a fair government.
“The BN government led by Umno, who are Malays, is a government that is
fair to all races.
“Where are the neglected Chinese? The oppressed Indians? All these
oppression stories are just to instigate the people to hate the government,”
he said.
He stressed that the BN-led government does not stop Chinese vernacular
schools, non-Islamic religions, and non-Malay businesses.
The first by-election since the May 5 general election that saw Umno win
Terengganu by a wafer-thin majority is taking place in a 99 percent Malay
seat of 17,683 voters.
The campaign period – that takes place during the holy month of Ramadan
– pits PAS’ Azlan Yusof against BN’s Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
in a race to win votes by the July 24 polling date ~ Malaysiakini
Puasa atau tidak dia ni?.. sakan punya fitnah ni..

Bomba dikerah siap rumah dalam 7hari


Gara-gara nak menangi hati
rakyat, Bomba dikerah bina
semula rumah yang terbakar
dalam masa 7 hari..

Semuanya gara-gara mahu memenangi hati
rakyat, perkara yang jarang dilakukanpun
mampu dilakukan.. hanya dalam masa 7 hari
rumah bagi seorang mangsa kebakaran
mampu dibangunkan..
Betullah kata orang Pilihan Raya Kecil ini
sememangnya menguntungkan rakyat, kerana
keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan
BN amatlah luar biasa sekali..
Tetapi yang menghairankannya ialah sejak
bila pula Bomba dikerah untuk membina
kembali rumah yang terbakar?.. selama ini
hanya anggota Tentera yang telibat dalah
kerja-kerja ini...
Ini laporan berkaitan dari Berita Harian ..
Rumah siap pasang 7 hari untuk
keluarga miskin
Jertih: Kerajaan memperkenalkan
pembinaan rumah pasang siap
menggunakan sistem Iris Koto bagi
membantu keluarga miskin
berpendapatan di bawah RM2,500
sebulan dan mangsa bencana termasuk
kebakaran.
Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata
inisiatif baru diperkenalkan kerajaan itu
hanya mengambil kos antara RM60,000
hingga RM70,000 bergantung kepada
keluasan dan lokasi tapak digunakan.
Katanya, pembinaan rumah itu hanya
memakan masa tujuh hari untuk siap,
hasil kepakaran tempatan dan teknologi
dari Jepun.
Ia dilaksana sepenuhnya Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
“Buat pertama kali, pembinaan rumah
berkenaan akan dilaksana di Kampung
Pok Kolok, Kuala Besut. Ia mula dibina
hari ini (semalam) oleh bomba dan
dijangka siap sepenuhnya Selasa depan
dengan kos RM37,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
pada program turun padang melihat
pembinaan rumah berkenaan di kawasan
Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Kampung Pok Kolok, di sini,
semalam.
Hadir sama calon Barisan Nasional (BN),
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Perluas konsep
Abdul Rahman juga bercadang
memperluaskan konsep rumah itu ke
seluruh negara khusus bagi membantu
golongan miskin yang tidak mempunyai
kediaman selesa kerana pembinaannya
terbukti selamat dan menjimatkan kos.
“Pembinaan rumah seperti ini memang
menjadi komitmen berterusan kerajaan,
dilaksana melalui Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS).
“Ia sebahagian usaha bagi mencapai
sasaran kerajaan membina satu juta
rumah dalam tempoh lima tahun,”
katanya.
Sistem Iris Koto menggunakan rangka
binaan ringan dengan simen dimasukkan
ke dalam polisterin.
Sementara itu, Pengarah Bomba
Terengganu, Md Salleh Sarbini, berkata
10 anggotanya dari balai Besut dan
Jertih akan terbabit dalam menyiapkan
rumah berkenaan.
Katanya, rumah yang akan dibina itu
berkeluasan 83.6 meter persegi dan
mempunyai tiga bilik tidur.
Tengku Zaihan pula berharap pembinaan
rumah murah seperti itu dapat
diperbanyakkan lagi di Kuala Besut
khusus bagi membantu nelayan.

Wednesday, July 25, 2012

KHASIAT TONGKAT ALI

KHASIAT TONGKAT ALI GAIRAH, STAMINA, KESUBURAN, KESEHATAN SEKSUAL : Afrodisiak (Perangsang). Meningkatkan Libido – menjadi lebih sering. Kesuburan – memperbanyak jumlah sperma (kualitas dan kuantitas). Meningkatkan kemungkinan mendapatkan anak laki-laki dari 2:2 menjadi 3:1. STAMINA DAN SUPLEMEN SETIAP HARI: Penambah tenaga alami – peningkat kadar testosteron – Fungsi metabolik testosteron. Pembentukan sel sperma, pertumbuhan sifat seks sekunder. Fungsi metabolik lainnya, pembentukan otot. Meningkatkan massa otot terutama serat otot gerak. Meningkatkan kekuatan. Prima, badan terasa segar, bergerak lebih cepat, kuat dan luar biasa! Ekstrak larut air dari Tongkat Ali ini bukanlah stimulan. Efek afrodisiak dari Tongkat Ali bervariasi tergantung dari gaya hidup dan kondisi fisik dan psikologi masing-masing orang. Eurycoma L Jack (Tongkat Ali) telah terbukti sebagai stimulan yang kuat terhadap Testosteron. Tumbuhan ini khususnya dikenal di Asia karena kemampuannya meningkatkan kadar Testosterone pria hingga 440%. Hal ini disebabkan oleh pengaruhnya terhadap keseimbangan hormon sehingga memicu produksi testosteron dalam tubuh secara alami. Ekstrak Tongkat Ali mengandung komponen utama berupa zat fenol, tanin, polisakarida dengan berat molekul yang besar, glokoprotein, dan mukopolisakarida. Diyakini bahwa bahan-bahan larut air ini secara alami berkhasiat untuk meningkatkan kesanggupan untuk merangsang produksi testosteron dan untuk menjaga kesehatan. Ekstrak serbuk Tongkat Ali adalah suatu perangsang seksual alami yang dirancang untuk meningkatkan stamina seksual, menstimulasi dan menyuburkan. Sehingga wajar di Malaysia, Thailand, dan Indonesia Tongkat Ali dikenal sebagai obat kuat atau obat perangsang seksual. Testosteron merupakan salah satu hormon utama dari sejumlah hormon seks pria atau androgen yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar gonad. Produksi dari hormon ini memicu pembelahan sel dari saluran reproduksi pria semasih embrio, penurunan testes masuk ke dalam kantung skrotum dan perkembangan lanjutan pada saluran reproduksi dan penis selama masa pubertas dan pematangan sperma.Testosteron juga berperan dalam memperkembangkan dan mempertahankan libido (hasrat seksual) dan perilaku pria. Testosteron juga memiliki peran non seksual lain dimana Ia memenuhi fungsi penting dalam biosintesa protein untuk mempercepat pembentukan otot, meningkatkan pembentukan sel darah merah. Mempercepat masa regenerasi dan pemulihan sehabis sakit atau setelah terluka. Testosterone juga memicu seluruh aktivitas metabolis khususnya pada jalur metabolisme dan pembakaran lemak. Penelitian menunjukkan bahwa selama pubertas, kondisi puncak dari produksi Testosteron sepanjang hidup seseorang adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara stabil seiring umur bertambah. Beberapa studi klinis menunjukkan bahwa secara umum, produksi Testosteron menurun sebanyak 2% per tahun terhitung sejak umur 30 tahun. Pada usia 60 tahun, Testosterone yang diproduksi hanyalah sebanyak 45-50%. Penurunan yang lebih ekstrim terjadi pada perokok berat dan alkoholik. Tongkat Ali secara alami merangsang testes untuk menghasilkan testosteron dengan cara merangsang hipotalamus dan kelenjar penghasil hormon dan BUKANNYA menambahkan testosteron dari luar. Testosteron buatan (hormon steroid anabolik) memang bisa memasok testosteron untuk tubuh, namun dapat mengganggu seksualitas pria, seperti pengecilan penis dan testes. Jika kadar testosteron ditingkatkan, hormon-hormon seks seperti androgen dan esterogen akan memerintahkan tubuh untuk menghentikan produksinya, dan ini disebut umpan balik negatif. Tongkat Ali mencegat umpan balik negatif ke hipotalamus dan ke kelenjar penghasil hormon tersebut, yang menyebabkan tubuh terus memproduksi testosteron ke tingkat yang tinggi. Karena testes penuh dengan testosteron, penis dan buah pelir akan membesar. Tongkat Ali beraksi meningkatkan produksi testosteron. Peningkatan sintesis hormon akan membutuhkan waktu hingga efeknya terlihat. Manfaatnya akan semakin terasa seiring waktu penggunaan. Efek terbaik akan terasa dalam 1 minggu jika digunakan tanpa terputus atau terus menerus. Ketika kadar testosteron meningkat dalam tubuh, kesehatan dan vitalitas juga akan akan pulih. Tongkat Ali tidak bekerja seperti afrodisiak lain yang berkhasiat instant. Tongkat Ali harus dikonsumsi secara teratur selama jangka waktu tertentu. Cara kerjanya berbeda dari yang lain. Efek terbaik akan dirasakan setelah satu minggu jika digunakan secara teratur tanpa terputus. (SAYA MEMPUNYAI STOK TONGKAT ALI YANG ASLI' SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKANNYA BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI EMAIL addawak@gmail.com, HARGA SEBUNGKUS RM30)

AL-GHAZALI DAN IBNU TAIMIYYAH

LAYAKKAH KITA 'MELANYAK' MEREKA... Pertama, terima kasih kerana sudi membaca hasil tulisan saya. Moga memberi manfaat kepada pembaca. Kedua, tentang persoalan Ibnu Taimiyah' Dalam hal ini, saya tertarik dengan pendekatan universiti terulung dunia, Al Azhar. Dalam setiap kajian, Al Azhar mengutamakan kajian pendapat pelbagai pihak. Adakalanya pendapat Zahiriyah, Zaidiyah dan Imamiyyah juga dimasukkan dalam silibus, walaupun ketiga-tiga firqah ini ditolak oleh kebanyakan ulama’ kini (Zaidiyah dan Imamiyyah adalah 2 kumpulan Syiah yang masyhur). Lebih cantik lagi, biasanya Al Azhar menyenaraikan pandangan ulama’ dan penghujahan mereka mengikut senioriti. Umpamanya dalam membentangkan pandangan imam-imam mazhab, maka susunannya adalah mengikut senioriti imam-imam itu iaitu pertama, Imam Abu Hanifah, kemudian Imam Malik, kemudian Imam Syafie dan akhir sekali Imam Ahmad. Semua ini didedahkan supaya umat Islam mendapat penjelasan lengkap tentang hujah, dalil, wajah istidlal dan kaedah yang diguna pakai oleh mazhab dan firqah tertentu dalam proses istinbat hukum lantas dapat membantu para ulama' mutaakhirin mentarjihkan pandangan yang paling tepat. Lebih dari itu, ada kalanya Al Azhar memasukkan juga pandangan dan hujah Nasara dan Yahudi untuk dibuat perbandingan. Tulisan saya dalam Nostalgia Syuhada’ Palestin, tidaklah sampai ke tahap itu. Saya cuma menaqalkan pendapat tokoh-tokoh yang memberikan pandangan mereka tentang istisyhadiyyah. Itu sahaja. Dan saya tidakpun mentarjihkan mana-mana pendapat. Bahkan saya agak ‘terlupa’ untuk memasukkan sekali pandangan pemimpin-pemimpin Barat terhadap operasi itu. Sekadar perbandingan. Jadi tidak timbul soal memuji atau mengagongkan Ibnu Taimiyyah. Ketiga, melabelkan Ibnu Taimiyyah dengan gelaran ‘mujassimah’ adalah sesuatu yang keterlaluan. Samalah dengan gelaran ‘berhala Quraisy’ yang diberikan oleh pengikut Syiah kepada Abu Bakar dan Umar (rujuk kitab Kasyful Asrar – Imam Khomeini). Saya bukanlah pengikut setia Imam Ibnu Taimiyyah dan bukan juga penentangnya, walaupun para ulama’ mempunyai pelbagai pandangan tentang tokoh ini. Tetapi kita perlu beradab dengan manusia lain. Jangan cepat melabel hanya dengan kita baca satu dua buku yang penulisnya memang tak bersetuju dengan tokoh berkenaan. Jangan cepat kita mengkafirkan Ali atau Mu’awiyyah. Kalaupun mereka ada silap dalam catatan sejarah, tetapi mereka adalah penulis wahyu, mereka sahabat Rasulullah SAW. Begitu juga dengan Ibnu Taimiyyah. Kalaupun ada pandangannya yang bercanggah dengan jumhur, tidakkah beliau juga ada jasa dalam menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan dalam jihad mempertahankan tanah air umat Islam dari penjajahan Tatar. Seterusnya untuk menilai seseorang itu, kita hendaklah menilai dari dirinya sendiri, bukan dari musuhnya. Menilai Ibnu Taimiyyah daripada tulisan Al Qurasyi adalah tidak tepat kerana Al Qurasyi sememangnya tidak bersetuju dan memberikan gambaran yang negatif tentang Ibnu Taimiyyah. Sudahkan anda membaca kitab-kitab besar Ibnu Taimiyah? Sudahkah diteliti kitab Majmuk Fatawa, Minhajus Sunnah, Fiqhun Nisa’ dan pelbagai kitab aqidahnya? Janganlah menilai PAS menerusi media milik Umno. Atau menilai Umno menerusi Harakah. Persoalan seterusnya adakah benar Ibnu Taimiyyah bawa fahaman mujassimah. Mujassimah merujuk kepada fahaman mengatakan Allah mempunyai jisim dan tubuh yang sama dengan makhluk. Bertangan dua, bermata dua, berhidung, berkaki, bertangan dan sebagainya. Adakah terdapat ayat seperti itu dalam kitab-kitab Ibnu Taimiyyah. (Sekali lagi diingat, jangan rujuk buku orang yang memusuhi Ibnu Taimiyyah). Apa yang dimasyhurkan oleh Ibnu Taimiyyah ialah, “Kita beriman kepada Allah dan sifat-sifatNya sepertimana yang Dia khabarkan sendiri di dalam Al Quran tanpa sebarang tasybih, takyif, ta’wil, ta’til...” Dengan kata lain, jika Allah menyebut YAD (Tangan) ertinya Allah itu memang ada tangan, kerana Allah sendiri yang sebut begitu. Tetapi tidak boleh di tasybih (diserupakan dengan tangan makhluk), tidak boleh takyif (menentukan bagaimana rupanya tangan itu), tidak boleh ta’wil (dengan mengatakan tangan itu maksudnya benda lain) dan tidak boleh ta’til (iaitu menafikan terus kewujudannya). Jika adanya tasybih dan takyif, maka barangkali itu boleh dikatakan sebagai fahaman mujassimah. Jika tiada, maka itulah caranya salafussoleh beriman kepada Allah. Cuma di zaman mutaakhir sedikit, para ulama’ banyak menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat ini guna untuk mempermudahkan berhujah dengan golongan zindiq dan free thinker di zaman mereka. Sememangnya sejak dahulu para ulama’ berkhilaf tentang maksud YAD sama ada ia sememangnya bermaksud ‘tangan’ atau boleh dita’wilkan dengan maksud ‘kuasa’. Begitu jugalah dengan ayat-ayat berkaitan istiwa’, nuzul, wajah dan sebagainya. Maka selama mana ia menjadi masalah khilafiyah, maka janganlah kita terlalu taasub dengan sesuatu pendapat hingga menafikan pendapat orang lain dan menuduh orang lain sebagai mujassimah, kafir dan sebagainya. Sememangnya ramai ulama’ yang mengeluarkan fatwa yang agak gharib dan janggal berbanding pendapat jumhur. Tetapi janganlah ulama’ itu dihina dan dipersenda. Hatta sahabat juga ada yang mengeluarkan fatwa yang ditolak oleh jumhur. Termasuklah Ibnu Abbas sendiri. Banyak pendapatnya tidak dipersetujui oleh Jumhur. Tetapi Jumhur tetap menjadikan Ibnu Abbas sebagai rujukan meeka dalam kes-kes lain dan mereka tidak menghentam Ibnu Abbas. Saya teringat peristiwa 18 tahun lalu, ketika mula menjejakkan kaki di Pakistan dalam perantauan mencari ilmu. Pelajar Malaysia di Karachi ketika itu berbalah sesama mereka kerana muncul dua golongan. Satu menyeru supaya tidak berpegang kepada mazhab dan satu lagi berpegang kepada mazhab. Satu golongan mengagongkan Ibnu Taimiyah dan satu lagi mengagongkan Imam Al Ghazali. Yang mengagongkan Al Ghazali, menghentam Ibnu Taimiyah. Yang mengagongkan Ibnu Taimiyah menghentam Al Ghazali. Hinggakan ada yang sanggup membakar kitab Ihya Ulumiddin kerana mendakwa Al Ghazali banyak meriwayatkan hadith dhaif di dalamnya. Maka kitab itu perlu dibakar. Sememangnya para ulama yang mentahqiq kitab berkenaan menemui banyak hadith dhaif dan sebahagiannya mencapai taraf maudhu. Namun adakah hanya disebabkan itu, maka keseluruhan isi kitab yang amat besar jasanya itu perlu ditolak dan dibakar? Kita tak pernah tengak wajah Ibnu Taimiyyah dan Al Ghazali. Jangan hina mereka. Kalaupun ada silap mereka, Al Quran mengajarkan supaya kita berdoa keampunan untuk mereka. "Ya Allah, ampunilah kami dan saudar-saudara kami yang lebih dahulu beriman sebelum kami dan janganlah jadikan di dalam hati kami perasaan tidak baik terhadap orang-orang yang beriman..." Samalah halnya dengan Ibnu Taimiyyah. Janganlah disebabkan satu dua fatwanya yang kita tidak setuju menyebabkan kita lupa kepada jasanya menghidupkan sunnah jihad menentang kuffar yang ketika itu sudah dilupakan oleh umat Islam, gelaran Syaikhul Islam yang diberikan oleh ulama sezamannya. Janganlah kita lupa fitnah-fitnah golongan munafiqin di zamannya, janganlah lupa hukuman penjara 2 tahun 3 bulan yang dikenakan ke atasnya sebelum meninggal dunia di situ dan sempat mengkhatamkan bacaan Al Quran 81 kali dalam tempoh berkenaan. Bandingkan pula dengan jihad kita, jasa kita, berapa banyak kitab yang kita tulis, sudah berapa lama kita kena penjara kerana perjuangan Islam dan sudah berapa banyak dosa yang kita buat. Perlu diingat, para ulama' muktabar zaman inipun menjadikan Al Ghazali dan Ibnu Taimiyah sebagai rujukan mereka walaupun ada perkara yang mereka tidak setuju dengan kedua-dua tokoh ini. Syeikh Yusuf Al Qardhawi, Dr Wahbah Az Zuhaili, Dr Abdullah Azzam, Abul Hasan Ali An Nadawi dan lain-lain semuanya merendah diri terhadap AL Ghazali dan Ibnu Taimiyyah. Bahkan Ali An Nadawi turut menulis sebuah buku tentang biografi Ibnu Taimiyah. Hatta Ibnu Taimiyyah sendiri yang dituduh kononnya anti-mazhab, kalau benar sekalipun tuduhan itu, beliau tidak menghina imam-imam mazhab. Bahkan beliau berkali-kali mengkhatamkan bacaan kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas bagi mazhab Hanbali. Belajarlah beradab dengan ulamaè dan ingatlah sepotong hadith Nabi SAW yang diiwayatkan oleh Imam At Tarmizi bahawa antara 15 perkara yang bakal mengundang bala Allah ialah, apabila umat akhir zaman mencela ulama' terdahulu... Islam mempunyai lebih banyak musuh yang nyata, yang hidup dan yang perlu dihalakan muncung senjata ke arah mereka. Bukannya dihunuskan keris kepada mereka yang sudah mati. {PETIKAN DARIPADA BLOG IBNU ISMAIL)

Wednesday, December 28, 2011

Nasihat untuk ahli pas

POLITIK ADA FEKAHNYA

Peringatan ini ditujukan khusus
kepada seluruh kepimpinan dan
ahli PAS, serta masyarakat di
Malaysia secara umumnya, dalam
kita mendepani permasalahan
yang sedang berlaku di waktu ini. Firman Allah dalam Surah At-
Taubah ayat 122: Maksudnya: (Dan bukanlah semua
orang-orang yang beriman itu
keluar berperang. Mengapa tidak
ada satu kumpulan di kalangan
mereka yang bertafaquh (belajar
dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi
peringatan apabila kembali
menemui kaum mereka, mudah-
mudahan mereka menerima
peringatan). (At-Taubah: 122) Sabda Rasulullah S.A.W. ِﻦﻳِّﺪﻟﺎﻴِﻔُﻬْﻬِّﻘَﻔُﻳﺍًﺮْﻴَﺨِﻬِﺒُﻬَّﻠﻟﺍْﺩِﺮُﻴْﻨَﻣ Maksudnya: (Sesiapa yang Allah
menghendakinya menjadi seorang
yang baik nescaya dijadikannya
faqeh (faham) dalam perkara
agama Islam). Riwayat Bukhari
Muslim Kedua–dua nas ini menunjukkan
bahawa Islam itu bukan sahaja
semangat yang berkobar-kobar
dan ilmu secara bertulis, dalam
masa yang sama ianya mempunyai
disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang
dan lapangan ajaran Islam
hendaklah dipelajari bukan sekadar
sebagai satu ilmu, tetapi dalam
masa yang sama hendaklah
memahami cara beramalnya. Allah S.W.T. memerintah kepada
sesiapa yang memperuntukkan
masa hidupnya dalam perjuangan
supaya mengambil masa untuk
belajar daripada kalangan yang
belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah
pula daripada kalangan ahli ilmu
yang bukan sahaja faham, bahkan
beramal dan berjuang dengan ilmu
yang dipelajari itu dengan
kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah. Perkataan feqah pada zaman awal
Islam merangkumi semua ajaran
Islam. Kemudiannya para ulama
mengkhususkan istilahnya kepada
hukum syariat sahaja. Adapun
perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al
Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah
dan yang berkait dengan akhlak
pula dinamakan Akhlak atau
Tasswwuf. Mafhum bahasa Al Quran dan
Sunnah Rasulullah S.A.W.
merangkumi seluruh ajaran Islam
hendaklah dilaksanakan secara
Feqah atau faham, khsusnya dalam
perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau
bergantung dengan ijtihad. Sirah
Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa
Al Rasyidin banyak menunjukkan
huraian yang nyata, betapa
perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan
sahaja dengan ilmu. Feqah bukan
sahaja seperti difahami oleh
masyarakat awam hanya dalam
perkara ibadat, sembahyang,
puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam.
Khususnya dalam perkara politik
yang dilupakan atau dijahilkan
oleh sebahagaian besar umat Islam. Ketika berhijrah dari Makkah ke
Madinah, yang juga merupakan
amalan berpolitik yang membawa
kepada tegaknya negara dan
masyarakat madani, Rasulullah
S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam
yang berpengalaman dengan jalan
pintas yang selamat dan cepat
sampai ke Madinah. Sudah tentu
seorang bukan Islam yang
dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan,
dan benci kepada kezaliman walau
pun tidak menganut Islam. Di Madinah pula dilaksanakan
amalan menegakkan negara,
dengan kekuatan umat Islam
sendiri di kalangan Muhajirin dan
Ansar, seterusnya melibatkan kaum
bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan
membenarkan kewujudan
kalangan munafiq dalam
masyarakat Madinah. Semuanya
mengambil kira ayat-ayat Al Quran
yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan
ayat-ayat yang mengizinkan dan
mewajibkan Islam disampaikan
kepada seluruh manusia dan
pelaksanaan Islam terhadap
seluruh manusia juga. Maka pengajian secara feqah
(faham) sahaja boleh
melaksanakan risalahnya dengan
istiqamah, bukan sahaja
memahami nas secara ayatnya
yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada
masa, tempat dan situasi yang
berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran
diturunkan dan hadith-hadith
Rasulullah S.A.W. bersandarkan
sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan. Apabila Rasulullah S.A.W. menerima
perjanjian Hudaibiyyah, manakala
para sahabat merasakan perjanjian
itu berat sebelah dan tidak
berpehak kepada Islam, bahkan
lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i)
menolak penggunaan Bismillah, (ii)
menentang dicatit nama
Muhammad Rasulullah, (iii)
membenarkan mereka yang
berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak
membenarkan orang Islam di
Makkah berhijrah ke Madinah, (iv)
dilarang meneruskan amalan
umrah walau pun Rasulullah dan
para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain. Rasulullah S.A.W. bertegas dengan
keputusan menerima perjanjian
Hudaibiyah tanpa wahyu
diturunkan, tetapi berpandukan
ketajaman bacaan Rasul terhadap
Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak
kerana kerasulannya. Akhirnya
perjanjian yang diterima memberi
kemenangan yang besar kepada
Islam dan menerima kunjungan
kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali
ganda sebelumnya. Dalam perkara yang lain, Allah
S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W.
dan para sahabat R.A. melaksana
dan mematuhi Syura secara tegas
dalam peristiwa Uhud dengan
firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud: (Dan bermesyuaratlah dengan
mereka dalam mengendalikan
urusan. Maka apabila engkau telah
berazam (dengan keputusan )
maka berserah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah
kepadanya). Ayat ini menunjukkan kepada kita
konsep bermesyuarat dan
kepatuhan kepada keputusan yang
diambil dan mengharapkan
pertolongan Allah selepasnya,
walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan.
Ini adalah cara bermesyuarat
dalam Feqah berjamaah khususnya
dalam politik. Semua kenyataan tersebut adalah
menjadi pedoman kepada sesiapa
yang mahu berpolitik secara Islam.
Bagi mengemaskini supaya ajaran
Islam dilaksanakan secara Feqah,
maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait
dengannya yang dinama ilmu usul
feqh, maqasid syariat dan siyasah
syari’yyah. Bagi memelihara ajaran ini
dilaksanakan, maka Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS
SYURA ULAMA sebagai badan yang
berwibawa mengikut
perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara
Feqah Islam yang sebenar. Badan
yang dianggotai oleh kalangan
ilmuan Islam yang mampu
memahami sumbernya yang
tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura
Ulama bertanggungjawab
melakukan kajian dan ijtihad secara
Jamaei dalam menghadapi cabaran
semasa dengan sistem ilmu-ilmu
yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula
mewakili seluruh cabang
kepimpinan tertinggi PAS. PAS telah berjaya menghadapi
semua pengalaman di sepanjang
perjuangannya sejak ditubuhkan,
sama ada secara bersendirian,
bersefahaman dengan: kerajaan,
pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam. Pendekatan politik mutakhir
bersama Pakatan Rakyat adalah
menjadi penerusan amalan politik
Islam secara feqah, bukannya
secara remeh temeh. Kejayaan
dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep
perlembagaan, Islam menjadi
agama negara dengan hak yang
diberi secara adil kepada penganut
agama lain, hak Bumiputra, Bahasa
Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan. Perlu diingat, bahawa UMNO yang
menjadi teras kerajaan BN gagal
mencapai matlamatnya setelah
memerintah lebih lima puluh
tahun, kerana tidak menjadikan
Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah
tempoh masa lebih lima puluh
tahun tidak mampu melakukan
muhasabah? Seluruh ahli PAS wajib bertambah
yakin bersama perjuangan di atas
bahtera PAS dengan setiap
pengalamannya walau pun tidak
diberi hak yang adil, inilah sifatnya
perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua
tindakan bersendirian telah
mengugurkan sesiapa sahaja tanpa
mengira kedudukan dalam PAS.
Namun PAS tetap selamat dan
menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi
cabaran pasang surut perjuangan
Islam. PAS terus istiqamah dengan
perlembagaan tertingginya yang
dijamin oleh kumpulan yang
berwibawa. Sesiapa yang cuba
berlagak pandai tanpa ilmu yang
sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang
berilmu dan menganggap dirinya
paling bijak dalam PAS secara
individunya tanpa peduli terhadap
adab berjamaah dalam Islam, akan
menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan
Islam, inilah sikap membahayakan
diri sendiri yang diberi amaran oleh
Rasulullah S.A.W. Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan
itu adalah serigala yang
menangkap manusia, laksana
serigala yang menangkap kambing
yang terpencil daripada
kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri
daripada kawanannya). Dalam
Musnad Ahmad. PAS terus terbuka kepada semua
yang bersedia bersamanya bagi
melangsungkan perjuangan
menegakkan Islam yang menjadi
rahmat kepada seluruh manusia. Sesiapa yang menyertai PAS wajib
mengikut haluan dan hala tujunya
serta cara perjalanannya yang
tersendiri, berlandaskan Islam
secara feqah dan bukan hanya
berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.