Monday, July 15, 2013

Bomba dikerah siap rumah dalam 7hari


Gara-gara nak menangi hati
rakyat, Bomba dikerah bina
semula rumah yang terbakar
dalam masa 7 hari..

Semuanya gara-gara mahu memenangi hati
rakyat, perkara yang jarang dilakukanpun
mampu dilakukan.. hanya dalam masa 7 hari
rumah bagi seorang mangsa kebakaran
mampu dibangunkan..
Betullah kata orang Pilihan Raya Kecil ini
sememangnya menguntungkan rakyat, kerana
keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan
BN amatlah luar biasa sekali..
Tetapi yang menghairankannya ialah sejak
bila pula Bomba dikerah untuk membina
kembali rumah yang terbakar?.. selama ini
hanya anggota Tentera yang telibat dalah
kerja-kerja ini...
Ini laporan berkaitan dari Berita Harian ..
Rumah siap pasang 7 hari untuk
keluarga miskin
Jertih: Kerajaan memperkenalkan
pembinaan rumah pasang siap
menggunakan sistem Iris Koto bagi
membantu keluarga miskin
berpendapatan di bawah RM2,500
sebulan dan mangsa bencana termasuk
kebakaran.
Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata
inisiatif baru diperkenalkan kerajaan itu
hanya mengambil kos antara RM60,000
hingga RM70,000 bergantung kepada
keluasan dan lokasi tapak digunakan.
Katanya, pembinaan rumah itu hanya
memakan masa tujuh hari untuk siap,
hasil kepakaran tempatan dan teknologi
dari Jepun.
Ia dilaksana sepenuhnya Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
“Buat pertama kali, pembinaan rumah
berkenaan akan dilaksana di Kampung
Pok Kolok, Kuala Besut. Ia mula dibina
hari ini (semalam) oleh bomba dan
dijangka siap sepenuhnya Selasa depan
dengan kos RM37,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
pada program turun padang melihat
pembinaan rumah berkenaan di kawasan
Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Kampung Pok Kolok, di sini,
semalam.
Hadir sama calon Barisan Nasional (BN),
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Perluas konsep
Abdul Rahman juga bercadang
memperluaskan konsep rumah itu ke
seluruh negara khusus bagi membantu
golongan miskin yang tidak mempunyai
kediaman selesa kerana pembinaannya
terbukti selamat dan menjimatkan kos.
“Pembinaan rumah seperti ini memang
menjadi komitmen berterusan kerajaan,
dilaksana melalui Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS).
“Ia sebahagian usaha bagi mencapai
sasaran kerajaan membina satu juta
rumah dalam tempoh lima tahun,”
katanya.
Sistem Iris Koto menggunakan rangka
binaan ringan dengan simen dimasukkan
ke dalam polisterin.
Sementara itu, Pengarah Bomba
Terengganu, Md Salleh Sarbini, berkata
10 anggotanya dari balai Besut dan
Jertih akan terbabit dalam menyiapkan
rumah berkenaan.
Katanya, rumah yang akan dibina itu
berkeluasan 83.6 meter persegi dan
mempunyai tiga bilik tidur.
Tengku Zaihan pula berharap pembinaan
rumah murah seperti itu dapat
diperbanyakkan lagi di Kuala Besut
khusus bagi membantu nelayan.

No comments:

Post a Comment