Tuesday, October 22, 2013

Kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut? oleh Faekah Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri. lihat sini TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan. Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai. Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini. Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor. Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor. Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA. Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baharu di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil. Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan. Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang “pandai berbelanja”, berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara. Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan. Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya. Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diwar-warkan kepada umum. Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang Menteri Besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri. Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baharu sahaja bermula dan tempuh bagi PRU14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama. TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN. Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan. Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan (priority) bukan sekadar kemampuan. TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya. Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros. Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka. Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI. FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, July 15, 2013

Nik aziz sekolahkan mp pasir salak

TG Nik Aziz Sekolahkan Ahli Parlimen Pasir Salak..
PAS membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP
dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak
perkara.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman
sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat
baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.
Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan
tidak "bermuka-muka".
"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di
dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.
"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO
pula alat kepada siapa?
"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan
Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat
manusia yang baik," katanya.
Mengikut laporan akhbar Sinar Harian , BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP
dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak
perkara.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat
perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang
Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.
Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga
orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.
“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam
sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak
dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.
“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh
campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam
banyak perkara,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan
Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam ~ Sinar
Harian
Lagi apa fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak yang berbagai-bagai tu sila baca di bawah.

Puasa atau tidak Tajuddin Rahman nie?.. Sakan punya
tabur fitnah di Kuala Besut ni..

Demi meneruskna agenda memperbodohkan rakyat, Ramadhan langsung tak
dihormati oleh pemimpin UMNO ini.. dia tabur fitnah serupa saja dengan masa
bukan bulan Ramahdan..
Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul
Rahman kepada sekitar 100 orang pengundi di Kuala Besut..
~ Karpal Sing akan dilantik menjadi Presiden jika DAP berjaya menguasai
Putrajaya melalui PAS.
~ DAP akan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada
mereka.. yang bodohnya kenyataan dia ni bila DAP dah jadi Presiden pasal apa
pulak DAP nak tuntut jawatan TPM tu?.. lantik sajalah wakil DAP jadi PM terus..
~ Beliau juga mendakwa Karpal telah berkata bahawa jika PAS mahu kekal
dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh menyebut isu 'perjuangan Islam' dan
mesti 'langkah mayat beliau' dahulu jika ingin menubuhkan sebuah negara
Islam.
~ Jika PAS menguasai Terengganu , ia hanya akan menjadi boneka kepada DAP,
yang akan mempengaruhi pemimpin Terengganu seperti DAP mempengaruhi
PAS di Kelantan dan PAS di Selangor.
~ Anwar Ibrahim juga tidak menyokong tuntutan royalti, dan DAP dikatakan akan
meminda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang berkaitan dengan
kedudukan istimewa bumiputera.
~ Di Pulau Pinang pula dia kata Melayu telah di dilayan secara tidak adil dan
cuba diusir keluar dari Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan cara membina
rumah-rumah mahal bernilai RM700, 000, RM1, 000,000 RM2, 000,000. yang
diluar kemampuan pembeli Melayu..
Lagi apa fitnah dia, korang bacalah kat bawah ni..
Karpal will be president if PAS wins, Kuala Besut told
Deputy Agriculture Minister Tajuddin Abdul Rahman warned Kuala Besut
voters that Karpal Singh could be Malaysia’s first president if they allow
DAP to control Putrajaya through PAS.
“The sultan is the head of our religion. The agong is a Muslim. If we
become a republic, (DAP chairperson) Karpal Singh then becomes the
president. He would be your chief. “Can this be? Can Karpal Singh be the
head of Islam? No,” he said in his opening speech at a programme by the
Veterinary Services Department in Kampung Baharu, Kuala Besut, this
morning.
He reasoned that PAS wants to be in Putrajaya but has only 20 MPs, hence
it has joined Pakatan Rakyat and in doing so has opened its doors to DAP
for negotiation.
“Do you think DAP would give them (benefits) for free? They (DAP) would
work with PAS, but the condition is that they would demand this and
demand that.
“Perhaps they will ask to be the deputy prime minister. “Who would that be?
(DAP parliamentary leader) Lim Kit Siang, or his son Lim Guan Eng,” he said
according to sources.
He also claimed Karpal has said that if PAS is to remain in Pakatan Rakyat,
it must never mention the issue of ‘Islamic struggle’ and must ‘tread over
his dead body’ first if it were to establish an Islamic state.
Tajuddin, an Umno supreme council member, urged the electorate therefore
to not vote for PAS in order to keep DAP out of power.
“If PAS rules Terengganu, it would be someone else in power and that is
DAP, which will influence Terengganu leaders just as DAP influences PAS
in Kelantan and PAS in Selangor.
“Even in Kedah in the past, what PAS did was subject to pressure,
comments and requests,” he said, adding that this would happen in
Terengganu as well despite DAP’s absence there.
‘Their people’ would reign
Speaking to roughly 100 Malays, Tajuddin claimed that opposition leader
Anwar Ibrahim too is not fond of the royalty, and alleged DAP would amend
Article 153 of the federal constitution that deals with the special position of
bumiputeras.
He cited the example of Singapore, that although once had Malay-Muslim
presidents, but not for long.
Tajuddin then dredged up a laundry list of DAP’s alleged evils, such as
how DAP does not like Malays in the civil service and would oust half of
them if it comes into power, then replace them with “their people”.
Meanwhile in the DAP-led Penang, he said the Malays there are being
treated unfairly over increasing property prices blamed on Chief Minister
Lim Guan Eng.
“Guan Eng has chased away Malays from Penang Island. How? He builds
expensive houses worth RM700,000, RM1,000,000, RM2,000,000.
“Malays can’t afford this and are forced to buy property outside of the
island,” he said, while adding that there are only rich Malays left there.
Other examples included claims that former Perak Menteri Besar
Mohammad Nizar Jamaluddin is a DAP puppet, and Guan Eng’s call for the
word ‘Allah’ to be allowed in Bahasa Malaysia bibles.
‘Oppressed minorities a lie’ The deputy minister further claimed that
although he was trumpeting Malay power, BN looks after the interests of all
races and is a fair government.
“The BN government led by Umno, who are Malays, is a government that is
fair to all races.
“Where are the neglected Chinese? The oppressed Indians? All these
oppression stories are just to instigate the people to hate the government,”
he said.
He stressed that the BN-led government does not stop Chinese vernacular
schools, non-Islamic religions, and non-Malay businesses.
The first by-election since the May 5 general election that saw Umno win
Terengganu by a wafer-thin majority is taking place in a 99 percent Malay
seat of 17,683 voters.
The campaign period – that takes place during the holy month of Ramadan
– pits PAS’ Azlan Yusof against BN’s Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
in a race to win votes by the July 24 polling date ~ Malaysiakini
Puasa atau tidak dia ni?.. sakan punya fitnah ni..

Bomba dikerah siap rumah dalam 7hari


Gara-gara nak menangi hati
rakyat, Bomba dikerah bina
semula rumah yang terbakar
dalam masa 7 hari..

Semuanya gara-gara mahu memenangi hati
rakyat, perkara yang jarang dilakukanpun
mampu dilakukan.. hanya dalam masa 7 hari
rumah bagi seorang mangsa kebakaran
mampu dibangunkan..
Betullah kata orang Pilihan Raya Kecil ini
sememangnya menguntungkan rakyat, kerana
keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan
BN amatlah luar biasa sekali..
Tetapi yang menghairankannya ialah sejak
bila pula Bomba dikerah untuk membina
kembali rumah yang terbakar?.. selama ini
hanya anggota Tentera yang telibat dalah
kerja-kerja ini...
Ini laporan berkaitan dari Berita Harian ..
Rumah siap pasang 7 hari untuk
keluarga miskin
Jertih: Kerajaan memperkenalkan
pembinaan rumah pasang siap
menggunakan sistem Iris Koto bagi
membantu keluarga miskin
berpendapatan di bawah RM2,500
sebulan dan mangsa bencana termasuk
kebakaran.
Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata
inisiatif baru diperkenalkan kerajaan itu
hanya mengambil kos antara RM60,000
hingga RM70,000 bergantung kepada
keluasan dan lokasi tapak digunakan.
Katanya, pembinaan rumah itu hanya
memakan masa tujuh hari untuk siap,
hasil kepakaran tempatan dan teknologi
dari Jepun.
Ia dilaksana sepenuhnya Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
“Buat pertama kali, pembinaan rumah
berkenaan akan dilaksana di Kampung
Pok Kolok, Kuala Besut. Ia mula dibina
hari ini (semalam) oleh bomba dan
dijangka siap sepenuhnya Selasa depan
dengan kos RM37,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
pada program turun padang melihat
pembinaan rumah berkenaan di kawasan
Projek Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di Kampung Pok Kolok, di sini,
semalam.
Hadir sama calon Barisan Nasional (BN),
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Perluas konsep
Abdul Rahman juga bercadang
memperluaskan konsep rumah itu ke
seluruh negara khusus bagi membantu
golongan miskin yang tidak mempunyai
kediaman selesa kerana pembinaannya
terbukti selamat dan menjimatkan kos.
“Pembinaan rumah seperti ini memang
menjadi komitmen berterusan kerajaan,
dilaksana melalui Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS).
“Ia sebahagian usaha bagi mencapai
sasaran kerajaan membina satu juta
rumah dalam tempoh lima tahun,”
katanya.
Sistem Iris Koto menggunakan rangka
binaan ringan dengan simen dimasukkan
ke dalam polisterin.
Sementara itu, Pengarah Bomba
Terengganu, Md Salleh Sarbini, berkata
10 anggotanya dari balai Besut dan
Jertih akan terbabit dalam menyiapkan
rumah berkenaan.
Katanya, rumah yang akan dibina itu
berkeluasan 83.6 meter persegi dan
mempunyai tiga bilik tidur.
Tengku Zaihan pula berharap pembinaan
rumah murah seperti itu dapat
diperbanyakkan lagi di Kuala Besut
khusus bagi membantu nelayan.