BISMILLAH
FIRMAN ALLAH dalam alquran: ketahuilah! dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.
Hati diciptakan oleh Allah s.w.t. Diberikan kepada semua manusia tidak kira orang islam ataupun non muslim.
hatilah tempat terdetiknya segala perasaan, samaada sedih,gembira,gelisah,tenang dan sebagainya.
Semua orang menginginkan ketenangan hati, sehingakan manusia sangup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ketenangan hati.
Tetapi manusia seolah-olah tidak tahu akan ayat quran diatas, bahawa Allah sendiri yang menyatakan ketenangan hati akan datang dengan mengingatinya. Dalam erti kata yang sebenarnya, apa perkara yang kita lakukan mestilah dengan tujuan untuk mengingati Allah. Samaada bekerja,bersukan, bermasyarakat, berkomunikasi dengan manusia lain, semuanya bertujuan kerana mencari keredhoan Allah.
Dalam sebuah hadis,nabi bersabda : barangsiapa yang selalu beristighfar, allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan, jalan keluar dari kesempitan itu. Istighfar juga termasuk dalam erti kata mengingati Allah.